BAB 4 : PEMBANGUNAN NEGARA
Rancangan Malaysia merupakan rancangan lima tahun pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun 1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961 hingga 1965.
Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM) dengan Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun 1966 hingga 1970. Bezanya ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya Malaysia, tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasukSabah dan Sarawak.
RANCANGAN MALAYA PERTAMA
- Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) ialah rancangan pembangunan ekonomi pertama yang dirangka kerajaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaya). Melalui rancangan 5 tahun ini, pembangunan negara menjadi sistematik dan teratur selepas merdeka. Rancangan ini diikuti oleh Rancangan Malaya Kedua.
- Rancangan Malaya Pertama dilaksanakan dengan matlamat utama:
- Memajukan sektor luar bandar
- Mempelbagaikan sumber negara supaya tidak terlalu bergantung pada sektor ekonomi.
- Dua buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu:
- Rural & Industrial Development Authority (RIDA) - 1953
- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
- Pengurusan RIDA (kemudiannya MARA) dan FELDA diletakkan di bawah kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
RANCANGAN MALAYA KEDUA
Rancangan Malaya Kedua (RMK) mempunyai matlamat dan tujuan yang sama seperti Rancangan Malaya Pertama iaitu memajukan penduduk luar bandar untuk merapatkan jurang perbezaan antara kawasan bandar dan luar bandar.
- Matlamat RMK adalah:
- Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar
- Menggalak kepelbagaian tanaman pertanian dan kegiatan perusahaan di luar bandar
- Menyedia lebih banyak kemudahan sosial untuk kawasan luar bandar
- Menambah peluang pekerjaan.
- Mengurangkan pergantungan kepada makanan import.
- Strategi pelaksanaan Rancangan Melaya Kedua ialah:
- Merancang pembangunan ekonomi dengan menyediakan kemudahan asas.
- Membuka lebih banyak tanah untuk pertanian dan penempatan semula.
- Menggiatkan pemasaran bagi hasil pertanian dan nelayan.
- Meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dengan menyediakan peluang pekerjaan.
- Menambahkan kemampuan merancang oleh FELDA dengan menjalankan projek Johor Tenggara dan Projek Segitiga Jengka di Pahang.
- Menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA
Rancangan Malaysia Pertama (RMK1) adalah rancangan pembangunan ekonomi yang pertama dilaksanakan sesudah tertubuhnya Malaysia. Rancangan pembangunan ekonomi selama lima tahun (1966–1970) ini membabitkan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Objektif RMK1 adalah untuk menjaga kebajikan seluruh rakyat, dan meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya di kalangan mereka yang berpendapatan rendah.
Rancangan ini mempunyai objektif seperti:
- Memajukan ekonomi seluruh negara demi kebajikan rakyat dan seterusnya mengeratkan perpaduan rakyat.
- Meningkatkan pendapatan penduduk yang miskin.
- Membangunkan ekonomi luar bandar.
- Mempertingkatkan lagi usaha ke arah mempelbagaikan ekonomi negara.
- Mengurangkan pengangguran.
- Memajukan sektor perindustrian.
- Tumpuan kepada sektor pertanian dan pembangunan luar bandar
Antara tumpuan khusus RMK1 adalah memajukan sektor pertanian untuk memperkaiki sosio ekonomi penduduk luar bandar. Sejumlah RM450 juta diperuntukkan dengan 25% daripadanya untuk pembangunan luar bandar dan pertanian.
FELDA, agensi yang ditubuhkan untuk membangunkan sosio ekonomi penduduk luar bandar, telah membuka banyak projek tanah sehingga tahun 1966 antaranya Segitiga Jengka di Pahang, Projek Pahang Tenggara dan Projek Johor Tenggara. Projek-projek ini berjaya meningkatkan taraf hidup para petani serta menambah peluang pekerjaan dan mengurangkan pengangguran di luar bandar.
Antara agensi yang ditubuhkan sepanjang RMK1 adalah:
FELCRA ditubuhkan pada tahun 1966 untuk memulih dan memajukan projek tanah kerajaan.
MARDI ditubuhkan pada tahun 1969 untuk membuat penyelidikan tentang pemasaran dan pengeluaran hasil tanaman kecuali getah.
Di bawah RMK1, tanaman-tanaman seperti kelapa sawit, koko dan tebu telah ditanam dengan lebih luas lagi.
Pembangunan industri dan masyarakat pedagang bumiputera
RMK1 menyaksikan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (MARA) (distruktur semula dari Rural Industrial Development Authority atau RIDA) yang ditugaskan bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan serta menjalankan pembangunan pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan dalam persekutuan dan khususnya dalam kawasan-kawasan luar bandar. Dengan tertubuhnya MARA, pedagang dan pengusaha bumiputera boleh mendapat bantuan kewangan dengan lebih mudah selain daripada institusi kewangan lain seperti bank.
Kerajaan juga meningkatkan kemudahan pengangkutan dan perhubungan serta mewujudkan lebih banyak kawasan industri seperti Tampoi, Petaling Jaya, Batu Tiga, Prai di Semenanjung Malaysia dan Bintawa di Sarawak; serta Likas dan Kepayan di Sabah
RANCANGAN MALAYSI KEDUA DAN KETIGA
Rancangan Malaysia Kedua (RMK2) (1971 - 1975) merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan sasaran melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Tujuan rancangan ini diwujudkan adalah untuk menyusun semula masyarakat dan mengurangkan penguasaan kaum Cina dan orang-orang asing dalam sektor ekonomi di Malaysia sekaligus memperbaiki kedudukan ekonomi orang-orang Melayu.[1]
RMK2 menggantikan Rancangan Malaysia Pertama (RMP) yang mempunyai tujuan sama iaitu menangani masalah kemiskinan di kalangan orang-orang Melayu. Namun begitu, RMP dilihat kurang berjaya mengatasi isu kemiskinan ini, sehinggakan masalah ini menjadi salah satu penyebab berlakunya Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 apabila rusuhan kaum tercetus di Kuala Lumpur.
Pelaksanaan RMK2 dilihat oleh sesetengah golongan sebagai berlebih-lebihan dalam usahanya meningkatkan penglibatan orang-orang Melayu di dalam ekonomi. Kerajaan kemudiannya mengurangkan penekanan terhadap penstrukturan semula sosio-ekonomi apabila rancangan ini berakhir.
Di Bawah RMK 2 dan RMK 3
·
Melaksanakan pembukaan tanah secara besar-besaran oleh KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR.
Menumpukan kepada penanaman getah dan kelapa sawit. Memperluaskan peranan agensi pembangunan wilayah
Memberi tumpuan dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT
. Rancangan Malaysia Keempat (RMK4) adalah rancangan pembangunan lima tahun Malaysia dari 1981 sehingga 1985. RMK4 masih bertunjangkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mempunyai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat.
Strategi di bawah RMK4 untuk membangun sosio ekonomi rakyat adalah:
- Menggunakan dengan lebih berkesan modal, tenaga manusia, teknologi dan sumber lain dalam Malaysia
- Mempelbagai dan mengukuhkan ekonomi melalui peluang-peluang pasaran luar dan dalam negeri
- Meningkatkan daya pengeluaran rakyat dalam semua sektor
- Membuka dan memulih tanah untuk meningkatkan taraf hidup petani dan bidang pertanian
- Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan dan pekerjaan kaum
- Menggalak penguasaan modal saham kepada 70% untuk rakyat Malaysia
- Memastikan pembangunan industri
- Kerajaan Malaysia memperuntukkan hampir RM59.6 bilion untuk RMK4 di mana 58% daripada jumlah dibelanjakan untuk pembangunan sektor ekonomi.
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA
Rancangan Malaysia Kelima (RMK5) (1986-1990) merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir untuk merealisasikan aspirasi Dasar Ekonomi Baru yang genap 20 tahun pada tahun 1990. Penekanan utama Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta. Selain itu, syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian berorientasikan eksport. Pada masa yang sama, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.
Di Bawah RMK 5
- Meningkatkan sektor perindustrian
- Melonggarkan peraturan syarikat dan perlesenan dalam sektor swasta.
- Meningkatkan pelaburan dalam sektor perindustrian berorientasikan eksport
- Melonggarkan syarat pelaburan asing.
- Meningkatkan kecekapan sektor kerajaan agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta.
- Meneruskan pembangunan kawasan luar bandar
- Menitikberatkan penggunaan tanah secara cekap.
- Menggalakkan industri desa seperti industri kraftangan.
- Memperluaskan kemudahan kredit dan insentif
- Pinjaman melalui Bank Pertanian Malaysia dan Amanah Ikhtiar Malaysia.
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM
Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) yang meliputi tempoh 1991-1995, merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000. Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang terkandung dalam RRJP2 menetapkan keseluruhan objektif, strategi dan matlamat yang akan dijadikan panduan kepada pembangunan negara dalam tahun- tahun sembilan puluhan. RMK-6 menjelaskan strategi, program dan projek yang akan dibentuk bagi mencapai objektif DPN.
Teras utama RMK-6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang lebih seimbang. Penekanan kepada ‘pembangunan seimbang’ adalah berdasarkan kepada kesedaran bahawa sungguhpun terdapat
kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan pengagihan, pertumbuhan yang mantap memerlukan asas ekonomi yang lebih luas.
Strategi pembangunan seimbang merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas perindustrian, meningkatkan pembangunan sumber manusia, menggalakkan peningkatan teknologi dan mengurangkan ketidakseimbangan struktur di antara sektor dan antara wilayah di negara ini. Jumlah peruntukan keseluruhan bagi rancangan ini adalah $104 bilion iaitu 56.8% untuk sektor ekonomi, 24.5% untuk sektor sosial, 15.35% untuk sektor pertahanan dan 3.4% untuk sektor pentadbiran.
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH
RMK-7 dilaksanakan antara tahun 1996 - 2000, meliputi fasa kedua RRJP2. RMK-7 disedia berasaskan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam, dan bertujuan membawa negara ke abad ke 21 secara berkesan. Rancangan ini dirangka berasaskan strategi-strategi baru bagi menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan ekonomi.
RMK-7 mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang sebagaimana di dalam DPN. Rancangan cuba mempastikan hasil pertumbuhan ekonomi diagihkan secara saksama kepada semua kumpulan etnik. Antara strategi baru yang dilaksanakan adalah seperti strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh pelaburan atau input yang diutamakan dalam rancangan terdahulu kepada strategi pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Selain itu, peralihan juga akan dibuat kepada pengeluaran berskala besar bagi eksport oleh industri-industri Malaysia.
RMK-7 juga menekankan kepentingan sumber manusia dengan menambah bidang latihan dan pendidikan. Strategi baru juga dilaksanakan untuk memperkayakan sains dan teknologi. Selain itu, seperti dalam rancangan terdahulu RMK-7 juga menekankan peranan sektor swasta dalam menyumbangkan pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun RMK-7 dilancarkan pada saat ekonomi sedang berkembang pesat (1996), namun sepanjang perlaksanaannya rancangan ini akan dikenang kerana telah menghadapi tempoh sukar ekoran kelembapan ekonomi terutama pada tahun 1998.
Rancangan ekonomi terjejas akibat krisis kewangan yang bermula pada Julai 1997. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mempastikan ekonomi negara, juga kestabilan negara tidak terus terjejas seperti penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Januari 1998 dan Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (PPEN) pada 23 Julai 1998.akian Ke Puncak Emas
Teras RMK-7 adalah untuk meningkatkan pertumbuhan potensi keluaran, memesatkan peralihan struktur dan pembangunan yang seimbang. Dengan persaingan yang lebih besar daripada ekonomi yang baru muncul bagi mendapatkan sumber modal manakala buruh pula semakin berkurangan, tumpuan RMK-7 adalah untuk mempercepatkan peningkatan produktiviti dan kecekapan terutamanya melalui inisiatif sektor swasta. Penekanan yang khusus akan diberi kepada usaha meningkatkan kemahiran, mendalamkan modal dan membangunkan teknologi. Aspek yang penting adalah meningkatkan kecekapan dan produktiviti penggunaan sumber yang akan memperkukuhkan daya saingan negara.
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang meliputi tempoh 2001 – 2005 merupakan fasa pertama pelaksanaan Rangka RancanganJangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 – 2010. Dasar Wawasan Negara (DWN) yang juga terkandung dalam RRJP3 menentukan arah pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21.
RMK-8 menggabungkan strategi, program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mapan dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan saksama. Dasar dan strategi dalam tempoh RMKe-8 memberi tumpuan untuk mencapai pertumbuhan mapan dengan berdaya tahan.
Teras RMK-8 adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi yang didorong oleh input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan. RMK-8 akan memberi lebih tumpuan kepada inisiatif sektor swasta sementara sektor awam akan menyediakan rangka dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti bagi membantu pembangunan sektor swasta. Dalam usaha meningkatkan daya saing negara, penekanan khusus akan diberi bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan menerusi pembangunan sumber manusia, peningkatan aktiviti dan P&P serta penggunaan teknologi terkini terutamanya ICT.
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. RMK9 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Parlimen pada 31 Mac 2006.
Rancangan pembangunan lima tahun ini diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama semenjak Wawasan 2020 diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad semasa membentangkan Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991. Seperti rancangan-rancangan pembangunan dahulu, RMK9 bermatlamat untuk terus memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan luar negara yang sukar seperti kesan dari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak[1].
RMK9 mempunyai 5 teras utama iaitu:
- Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
- Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama
- Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yg berterusan secara membina dan produktif
- Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
- Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan
RANCANGAN MALASIA KESEPULUH
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) merupakan rancangan lima tahun pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. RMK10 dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Razak, di Parlimen pada 10 Jun 2010.
Menurut Najib, RMK10 mengandungi aspirasi Program Transformasi Kerajaan dan Model Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan.
RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020.
Lima teras ini adalah:
- Meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara
- Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama
- Menangani ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan
- Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
- Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara
DASAR DASAR UTAMA MALAYSIA
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan pada 1971 di Malaysia, lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Dasar ini bertujuan dijadikan panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti negara Malaysia. Objektif dasar ini adalah untuk memperkukuh perpaduan melalui kebudayaan serta memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan, berteraskan budaya penduduk asli (Melayu) dan agama Islam.[1
Pendekatan ini kemudian digantikan dengan dasar Bangsa Malaysia oleh Mahathir selepas beliau menjadi Perdana Menteri.
DASAR BELIA NEGARA
Pada hari ini 13.12.1985, Dasar Belia Negara yang matlamat akhirnya membina belia untuk kesejahteraan negara diumumkan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Dr. Sulaiman Haji Daud. Dasar Belia Negara telah dirancang sejak 13 tahun lalu. Ianya telah menjadi kenyataan bila mana Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan Kerjasama Kementerian yang lain, Majlis Belia Malaysia, Majlis Perpaduan Belia Negara dan Institusi-institusi Pengajian Tinggi serta orang-orang perseorangan berganding tenaga dan fikiran menggubal dasar yang penting ini. Dasar Belia ini diwujudkan atas kesedaran bahawa 47% penduduk negara adalah terdiri daripada golongan belia. Dengan jumlah mereka yang ramai ini Kerajaan menyedari para belia boleh menjadi 'force' yang penting dan sumber utama tenaga dan 'asset' yang penting dalam pembangunan negara. Dalam dasar ini dinyatakan pembangunan belia hendaklah berasaskan prinsip-prinsip berikut:-
- Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.
- Mempunyai Semangat Perpaduan dan kesukarelaan dan mengamalkan prinsip autonomi.
- Mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang matang dan bertanggungjawab
- Menggalakkan penyertaan dalam proses perancangan negara.
- Mempunyai moral yang tinggi dan sikap yang mementingkan kesihatan dan kecergasan diri.
- Mempunyai taraf keilmuan yang luas dan mendalam.
Datuk Dr. Sulaiman Daud di dalam kenyataannya melahirkan harapan agar Dasar ini dapat membentuk generasi belia yang sempurna, terancang dan bersatu padu. Juga diharapkan Dasar Belia Negara yang diumumkan pada hari ini dalam tahun 1985 menjadi garis panduan yang seragam dan menyeluruh untuk Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan juga pertubuhan belia yang lain dalam mengadakan programnya bagi matlamat pembangunan belia dan cita-cita negara.
DASAR INTERGRITI NASIONAL
Pelan Integriti Nasional adalah satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia.
Budaya etika dan integriti ini adalah amat penting dalam mana-mana organisasi kerana ia memastikan perlaksanaan apa jua program serta matlamat dicapai dengan baik serta beretika.
Pelan ini membolehkan Kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak tekal dan tidak menyeluruh dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan terutamanya dalam usaha mewujudkan sinergi semua sektor. Ini mungkin disebabkan terdapat halangan-halangan seperti sikap individu, kepimpinan sesebuah organisasi, sistem penyampaian atau karenah birokrasi, serta disiplin dan budaya masyarakat itu sendiri dalam melaksanakan satu-satu program.
Skop dan konsep yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dan holistik dalam memberi panduan kepada setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.
Pelan Integriti Nasional ini telah dilancarkan pada 23 April 2004, oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaras dengan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu untuk membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.
No comments:
Post a Comment